Jan 12, 2011

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Posted by Hidayah Manan at Wednesday, January 12, 2011 0 comments
Rambut gugurrrrr!!! Haishooo..

Korg yang baru lepas bersalin ada masalah seperti haku tak??

Orang tua-tua kata kalau baby ko sudah start ‘menyebor’ air liur atau main-main air liur kat mulut ITU adalah petanda rambut maknya mulai gugur.. Yekeee.. Deymm.. Habis la rambut haku kalau macam neh.. Anak haku memang dah lama suka menyebor air liur dannn rambut aku pun dah banyak gugurrr..

Apa kena mengena ‘menyebor’ dengan gugur rambut ek?? Adusss.. Tak boleh tahan lar..setiap kali cuci rambut sure banyak rambut aku gugur..naik takut pun ado..sampai aku malas nak mandi sebab takut rambut gugur lagi..(alasan jer)..hahaha

dasat tak?



ini melekat kat getah rambut aku

Bila dah jadi gitu haku pun ngendeng-ngendeng dengan jebun nak potong rambut..na potong rambuttt Memula jebun tak kasi woo aku potong rambut sebab rambut aku pun asalnya idok la panjang nau..paras-paras leher jer rambut hakak nih..so kalau da potong rambut tu jawabnya akan jadi paras-paras tlinga tak pun lagi pendek kan..haha..tapinya bini dia nih dah rimas la asik ngutip rambut kat bantal, katil, lantai, karpet, floortrap..hah itu tak termasuk lagi kalau si Arissa tarik rambut aku masuk ke mulutnya..haihhh..oleh sebab itu jebun pun kasi la aku potong rambut..aku potong rambut jebun ikut skali hokeyyy..alasannya aku tak tau saloon rambut kat area rumah dia..padahalll takut aku buat fesyen rambut ntah apa-apa..haha..aku potong memang pendek sunggo ala-ala rihanna gitu..motip sangat nak rambut macam rihanna konon bole feeling nyanyi2 macam rihanna tapi dalam bilik air je la..haha..

Tapinyaaaaaaa bila aku dah potong rambut masih lagi gugurrrrrr… APA KES??!!

Stress siyot!! Aku tenguk banyak jeee rambut aku kat floortrap kat lantai kat bantal lagi laaa..

Tak bole jadi camni nak kene cari apa punca rambut aku gugur teruk...

Setelah di ‘google’, masalah rambut gugur bagi wanita lepas bersalin adalah normal..NORMAL  okkk..fuhhh..selamat mak nyahhh..

Sila baca di bawah ini…

Keguguran rambut adalah masalah BIASA bagi wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang KITA perlu ketahui:
·      Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.   ...alhamdulillah hehe
·      Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.   ...wahh..patutla wanita sering sakit kepala
·      Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.   ...yang ni mak tak sanggop nyah
·      Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
·      Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
·      Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
·      2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. ...keturunan botak tu sebelah laki mak nyah, keturunan mak setakat ni lebat je, berbulu-bulu lagi hehehe. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.   ...teori jer, saja kasi glabah mak je tau
·      Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.   ...hokaloh! bior bonar..
·      Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.   ...mak bagi anak mak susu tepung jer
·     Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.   ...syukran

Untuk mengurangkannya:

·      Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.   ...iya betullll
·      Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.   ...anak mak suka jer main-main tarik rambut mak
·      Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.   ...insyaAllah
·      Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.   ...iyekeee
·      Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.   ...mak jarang sikat rambut nyah, takpe kann?
·      Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.   ...baru terpikir nak kalerkan rambut mak nyah
·      Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.  ...ok
·      Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.    ...kat kepala terpikir Yun Nam jer

Hah itu lah sebenarnya kenapa terjadinya rambut mak gugur…kena la mak bersabar sehingga ke 6 atau 9 bulan..haihhh..korg yang sama nasib dengan mak jangan lar risau yee..kalau korg banyak baget bole la buat rawatan atau jumpa pada yang pakar.. okkkkkkk

Jan 10, 2011

Ana Raffali JUARA AJL ke 25..fuhhh

Posted by Hidayah Manan at Monday, January 10, 2011 0 comments
fuhhh..tak sangka..tak sangka..cik Ana Rafali kita boleh jadi juara AJL25 tahun ini!!
peewittt..aku soka tapi masih lagi tak percaya..
tu dia penyanyi muda kita pon mampu mengalahkan penyanyi otai-otai yang lain..
aku dengan en.jebun siap gaduh-gaduh lagi sapa jadi juara kali ni..
faizal tahir-hanyut-basah kuyup ke? aku soka persembahan dia memang fuhhh
si-black-sofia jane-cool ke?
shahir-muka-jambu ke?
sekaliiiiiiii..cik-akak-ana rafali-yang-suka-berbaju kurung-yang-jadi-juara!
yeahhh..TAHNIAH kepada ANA RAFALI..I suka lagu-lagu U..cool babe!



rileks je pakai baju kurung duduk bersimpuh sign otograf..fuhhh


Jan 4, 2011

Nur Arissa 5 Bulan

Posted by Hidayah Manan at Tuesday, January 04, 2011 0 comments
Yeay! Harini Arissa genap 5 bulan. Daddy dan mummy sayang Arissa tau. Cepat masa berlalu, bulan depan umur Arissa akan setengah tahun. Bestnyaaaa.

Harini jugak genap aku menganggur 6 bulan. Hahaha. Letih jugak mencari pekerjaan yang diidamkan. Tapi takpe InsyAllah minta dipermudahkan segala urusan mencari pekerjaan. Kalau takde kerja jugak hakak sambung Phd je. hahaha. Walau macamana pun akak suke jadi surirumah sepenuh masa. Puas hati anak membesar depan mata.

Woo.. 5bulan usia Arissa, dia semakin lasak dan notty. Oh no no no. Aku lah yang paling pening sekali kalau dia buat hal. Macam-macam perkara dia suda buat seperti...

*
*
*
*
*

Menyebor air liur

Pandai tunjuk protes

Membuat bulan sabit terbalik

Pandai bukak mulut besar2 sambil jerit sekuat hati

Pandai makan sambil bermain2

Pandai bersugi untuk bersihkan gusi
Suka mandi

Suka main cak-cak

Berlagak seperti budak besar padahal duduk pun senget lagi

Anak engkorang pun macam ni jugak ke? Dia baru 5 bulan. Aku rasa umur cenggini masih bengong lagi kannn. Normal ek...apa-apa saja la. Janji anak aku sehat sejahtera. Tak sabar nak tunggu Arissa pandai berjalan dan bercakap. Aku nak ajar macam2 bende kat dia ni..wakakakaaa

Jan 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Posted by Hidayah Manan at Saturday, January 01, 2011 0 comments
Update laju laju.. Selamat tahun baru pada semua. Alhamdulillah selesai tahun 2010 berinjak pula ke tahun 2011. Tahun baru misti nak azam baru jugak. Biarlah kali ini azam tu di simpan dalam hati sebab banyak jugak azam tahun lepas tak tercapai. Tapi bersyukur sangat sangat tahun 2010 ada satu pencapaian yang sangat membanggakan aku dan jebun iaitu


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Nur Arissa Shahriz




iaaaa..inilah pencapaian terbest kami tahun 2010.

Dec 31, 2010

Berjalan Jalan 4

Posted by Hidayah Manan at Friday, December 31, 2010 0 comments
Hai sayang ada lagi ke tu? Haha.. meh mau kasi cerita lagi. Malam krismas hari tu aku pon ada makan besarrrrr. Hah makan besar ni sebab mau celebrate anak buah aku. Anak buah lelaki yang sorang tu dia baru lepas dapat result PMR-yang-tidak-terpikir-dek-akalnya bole dapat result kira best dari trial. Tapi biasa je bagi aku kalau time trial je memang result teruk giler tapi bila result exam sebenar keluar tetiba je tip top. Hah laa sebab dah tau bangang sangat baru lah ada rasa insaf na study gila gila masa tu keluar dan rasa tak nak failed lagi tak nak kasi mak ayah kecewa dengan kita, sama lah jugak dengan anak buah aku tu esukkkkkk ada paper maths 1&2 baru la hegeh hegeh mintak tolong Acu dia ajarkan maths, nasib baik Acu balik Pendamar minggu exam tu berlaku, terukla kena belasah malam tu jugak siap suh hafal formula Acu buat sendiri untuk anak buah yang dah rasa bengap sangat malam tu. Padan muka la kann. Acu dia memang garang beb. Fuhhh, lama suda aku amik PMR nasib baik otak tidak karat nau. Nak nak plak suh ajau maths memang hakak suka. Haha..

Oooo…celebration kali ini dibelanja oleh Ayahcik dan Acik. Semoga dimurahkan rezeki lagi untuk dorang aminnnn. Cepat cepat la dapat anak gamaknya ek. Haha.. Ayahcik open table di Rantau Panjang Klang..nama restoran tu Waheeda..huiii ramai orang tapi rezeki budak PMR tu ada lagi meja kosong ngam untuk kami sekeluarga.

Makan memang best la kan..SEAFOOD!!!! harusla..jadinya korang tenguk jela santapannya yee..

  Makanan Lysa sampai dulu. Suma makan nasik dia sorang western.


Inila satu satunya nephew aku. Kaum lelaki dalam family aku agak sedih kuantitinya


Baju biru kakak kepada baju putih bertopi. Awin tembam vontot leper haha


Ibu, Eryna dan BIL, Abang Kamal


Tokei butik Faz's Unique, Ayahcik dan Acik


Tokei paling besar sekali haha Ayahtok dan Maktok


Kami beranak kembar Upin Ipin


Budak kecik mata sepet


Budak kecik bulat


Kakak sulong aku anak suda 4 tapi badan maintain seperti anak dara..huh jeles i


Lauk ada banyak sebenarnya tapi suda lapar tak sempat mau tangkap gamba


Ikan siakap tinggal tulang dan kepala je


Itula Arissa kalau da mengantuk mana mana pun no hal bole tido haha

Berjalan Jalan 3

Posted by Hidayah Manan at Friday, December 31, 2010 0 comments
Pada hari krismas plan mau balik ruma mak sebab da rindu mak..eceh tipulah..sebab maktok dan ayahtok Arissa da rindu kat dia dan aku plak da rindu kat budak ‘sepet’. Pastu plak kawan aku ada buat lenggang perut dan majlis doa selamat. Jadinya, hujung minggu lepas ceritanya banyak berkisahkan family dan kawan-kawan aku jela kann..tak berminat?? Nasib uols lar hakak ada kesah ka?

Hah oleh kerana jumaat malam tuh kensel mau makan McDonald so awal awal pagi dalam pukul 9.30am kami zass ke McDonald the Curve. Hoi yang, 9.30 pagi tu awal la bagi kami yang ada anak kecik nih. Engkorang kalau da beranak baru lah tau macam mana seksanya na bersiap siap awal pagi tau. Mana na mandi kan anak lagi na pakaikan baju lagi na susukan lagi, nasib baik hakak dah ready segala baju bajan dari malam tau. Ok sambung balik. Jadinyaaaaa dapat jugak la makan McDonald. Aman damai je kami makan di situ. The Curve pon baru buka separuh pintu je. Orang pon tak ramai. Na parking keta kat tepi McD pon amat senang. Keta yang lalu lalang pon bole di kira dengan jari je. Suka hakak kalau setiap masa area the Curve ni santai camni. Tapi jangan berangan sangat la kan. Lepas makan laju laju kami zass ke klang terus ke ruma kawan aku yang buat lenggang perut.

Aku jamu dengan gambar cukupkan..

Arissa masih lagi mengantuk


Masuk keta terus bagi susu dan selamat sudaa


Persediaan barang barang melenggang perut




Nampak tak sampul hijau? Itu pengerasnya haha


Setel melenggang perut


Daddy yang baik..luv u cyg
 Nanti aku akan cerita pasal melenggang perut ni yeee...

Berjalan Jalan 2

Posted by Hidayah Manan at Friday, December 31, 2010 0 comments
Ok yang sambung entry tadi..hahaha..amik ko  misti boringkan baca cerita aku neh..nasibla~~

Jumaat malam tuh jebun suh aku blanje dia McDonald. ni na bayo dia bawa aku pegi UKM lah nih. Sudanya siap siap kan Arissa santek santek pakai baju PAUS. Dia pon macam tau tau je na klua lagi kann happy bebenor dia sampai kejang kejang kaki bila dukung dia. Tapi kenselllll. nan ado makan kat McDonald!! Adik jebun sms mau ajak dinner sama dengan opah dan atok. Makanya kami pon dinner bersama sama Pakcu, opah dan atok arissa. Arissa happy lagi skali sebab dapat kawan lion yang baruuuu. Hahaha. Tapi dia main skjap je uols. Lion yang daddy dia beli kan jugaklah menjadi pujaan hatinyaaaa. Ok yang kali ni ada capture, korang tengok jela ek jangan complaint quality gamba memang teruk. Pakai camera hp bberry je pon. Tak canggih. Tak canggih.



tgk tu kaki tegang tegang




Arissa dan Pakcu


Rasa pelik sebab tetiba Lion dia beso

 

ceritaOHcerita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez