Rambut gugurrrrr!!! Haishooo..
Korg yang baru lepas bersalin ada masalah seperti haku tak??
Orang tua-tua kata kalau baby ko sudah start ‘menyebor’ air liur atau main-main air liur kat mulut ITU adalah petanda rambut maknya mulai gugur.. Yekeee.. Deymm.. Habis la rambut haku kalau macam neh.. Anak haku memang dah lama suka menyebor air liur dannn rambut aku pun dah banyak gugurrr..
Apa kena mengena ‘menyebor’ dengan gugur rambut ek?? Adusss.. Tak boleh tahan lar..setiap kali cuci rambut sure banyak rambut aku gugur..naik takut pun ado..sampai aku malas nak mandi sebab takut rambut gugur lagi..(alasan jer)..hahaha
dasat tak? |
ini melekat kat getah rambut aku |
Bila dah jadi gitu haku pun ngendeng-ngendeng dengan jebun nak potong rambut..na potong rambuttt Memula jebun tak kasi woo aku potong rambut sebab rambut aku pun asalnya idok la panjang nau..paras-paras leher jer rambut hakak nih..so kalau da potong rambut tu jawabnya akan jadi paras-paras tlinga tak pun lagi pendek kan..haha..tapinya bini dia nih dah rimas la asik ngutip rambut kat bantal, katil, lantai, karpet, floortrap..hah itu tak termasuk lagi kalau si Arissa tarik rambut aku masuk ke mulutnya..haihhh..oleh sebab itu jebun pun kasi la aku potong rambut..aku potong rambut jebun ikut skali hokeyyy..alasannya aku tak tau saloon rambut kat area rumah dia..padahalll takut aku buat fesyen rambut ntah apa-apa..haha..aku potong memang pendek sunggo ala-ala rihanna gitu..motip sangat nak rambut macam rihanna konon bole feeling nyanyi2 macam rihanna tapi dalam bilik air je la..haha..
Tapinyaaaaaaa bila aku dah potong rambut masih lagi gugurrrrrr… APA KES??!!
Stress siyot!! Aku tenguk banyak jeee rambut aku kat floortrap kat lantai kat bantal lagi laaa..
Tak bole jadi camni nak kene cari apa punca rambut aku gugur teruk...
Setelah di ‘google’, masalah rambut gugur bagi wanita lepas bersalin adalah normal..NORMAL okkk..fuhhh..selamat mak nyahhh..
Sila baca di bawah ini…
Keguguran rambut adalah masalah BIASA bagi wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang KITA perlu ketahui:
· Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. ...alhamdulillah hehe
· Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. ...wahh..patutla wanita sering sakit kepala
· Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. ...yang ni mak tak sanggop nyah
· Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
· Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
· Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
· 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. ...keturunan botak tu sebelah laki mak nyah, keturunan mak setakat ni lebat je, berbulu-bulu lagi hehehe. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya. ...teori jer, saja kasi glabah mak je tau
· Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan. ...hokaloh! bior bonar..
· Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. ...mak bagi anak mak susu tepung jer
· Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil. ...syukran
Untuk mengurangkannya:
· Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. ...iya betullll
· Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa. ...anak mak suka jer main-main tarik rambut mak
· Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya. ...insyaAllah
· Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda. ...iyekeee
· Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah. ...mak jarang sikat rambut nyah, takpe kann?
· Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal. ...baru terpikir nak kalerkan rambut mak nyah
· Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja. ...ok
· Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain. ...kat kepala terpikir Yun Nam jer
Hah itu lah sebenarnya kenapa terjadinya rambut mak gugur…kena la mak bersabar sehingga ke 6 atau 9 bulan..haihhh..korg yang sama nasib dengan mak jangan lar risau yee..kalau korg banyak baget bole la buat rawatan atau jumpa pada yang pakar.. okkkkkkk
0 comments:
Post a Comment