dulu semasa remaja, aku seorang yang blur
walaupun aku blur tapi aku jugak pandai (nak jgk kasi up kannn)
subjek yang aku suka sgt2 adalah math dan fizik
kimia bosannn~~
biologi ok lar~~
aku jugak aktif!!
bola baling kami johan
persatuan pencinta alam kami yang terbaik
pakaian seragam pandu puteri aku lah pengerusi paling pemalas :) yang byk buat kerja utk aku adalah penolong aku, Aini kawan aku jgk..haha..tapi kami antara pasukan yg teraktif di skool tau
pengawas sekolah aku lah ketua keselamatannye (padahalllll tugas aku menjaga keselamatan basikal dan susun basikal jer!!)
elok elok je klua result SPM terus dapat surat tawaran matrikulasi
1st time masuk asrama ni tau..punya lah happy sebab bole duk jauh dgn family hahaha
selama ni nak masuk sekolah berasrama penuh/teknik, mak aku tak kasi
hah!! kali ni merasa ko!! tapi tak jauh sgt pun dekat Kolej Teknologi Timur Sepang..sepang jerr
yang ku sangka matahari akan panas sepanjang hari..rupa rupanya TORNADO sudah mari larrrr...
bagi aku matrik umpama menempah maut..SUMPAH aku tak nak jejak kaki ke sana..
mana tidaknya tempah maut..
kat matrik kena belajar lagi KIMIA
aku ni dah la tak suka KIMIA bodoh KIMIA..kalau suh makan buku kimia pun tetap bodoh jgk
hah senang cerita mmg result aku lingkup sebab kimia fail jer memanjang
Nasib baik dapat masuk U jugak alhamdulillahhhhhhhhhhh
di UKM lah tempat aku menimba ilmu seni bina
segala-galanya bermula di sini
berjaga malam berhari-hari demi na menyiapkan projek design
hampir terputus jari semasa buat presentation model adalah perkara BIASA
ikat perut semata-mata nak beli marker pen untuk rendering design biar kasi nampak best..KONONnya lah
belum lagi masa critic session dengan lecturer durjana bijaksana
drawing kena koyak masa tengah presentation adalah coolllll
model model building kena kutuk macam pondok pak guard
kami juga penah telan maki 'korang punya design ni bullshit tau tak?!!'
ITU ADALAH perkara BIASA
aku pasrah
bila tamat belajar
tak jadi arkitek pun
kemudian kawin dengan arkitek penghabisannya
pastu hasil perkahwinan kami dapatlah anak chomot ini
agak agak korang Arissa byk ikut muka siapa???? hahahaha
lusa hari ulang tahun perkahwinan kami..urmm..tak fikir nak buat aktiviti apa..
jebun sebuk dengan kerja..mungkin menghabiskan masa di area rumah atau duduk melepak2 di rumah sambil menhabiskan muvie sahaja...