Malam..
Sebelum kamu tidor sila pastikan:
- Semua pintu pagar, pintu rumah, pintu bilik, pintu bilik air, sliding door, pintu bilik tv atau segala bentuk pintu di rumah anda di kunci/selak/tekan tombolnya/lock/mangga/solec..etc
- Semua tingkap bilik,tingkap bilik air, tingkap jamban,tingkap dapor, tingkap ruang tamu juga di kunci/selak/tekan tombolnya/lock/mangga/solec..etc
- Anak anda tidor dalam keadaan selamat..jika anak sudah besar boleh suruh mereka kunci pintu semasa tidor..
- Menyimpan segala harta benda,emas,gelang emas,cincin emas,gigi emas anda semua ditempat yang sangat2 selamat..lagi selamat simpan dalam bank..
- Jangan letak barang peribadi seperti laptop,notebook,henpon,external hardisc,ps3,ps2, etc merata2 tempat..sila simpan di tempat yang sepatutnya.
- Jangan tidor bersama-sama barang kemas anda..
Jika semuanya telah dipastikan betul2 selamat barulah anda bole tidor dengan selamat dan aman hingga esuk harinya..Insy'Allah..
Tapi jika kita telah melakukan semua perkara pencegahan sperti diatas tetapi masih jgk mengalami kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ke atas keluarga anda..anggap semua itu ketentuan dariNya..mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku..
Yelarrrrr...Apa korang akan buat bila tetiba dikejutkan oleh orang asing dari tidor yang nyenyak?!!! Tettttt...ya Allah mintak dijauhkan semua dari segala kejahatan dunia dan akhirat..
Baiklah..Kenapa tetiba aku bagi pesanan macam tuh yeee...sebabnya aku tak nak kamu-kamu yang ada ruma banyak pintu tidak membuat penjagaan keselamatan rumah dengan baik..kerana aku tak nak kamu mengalami trauma-yang-melanda-jiwa..seperti yang di alami oleh keluarga hangkat aku..hahhh..sapa??..sapa??
Tengahari semalam aku dpt panggilan dari kak ika-wife-lecturer-degree-master supervisor-ukm aku yang rumah beliau telah dimasuki perampok..ngeriiiiiiii..terus mengucap banyak2 sambil dengar cerita beliau..terus aku kunci/lock/mangga/selak pintu rumah..takutttttttt punya pasal..
Aku : Ya Allah..macam mana boleh lepas masuk ke rumah malaun-malaun tuh? Brapa orang malaun?..semua selamat tak? ada yang kena belasah ke? Ya ampun...budak2 pon kene ikat sama ke? Sapa jer ada kat ruma masa tuh?...mintak nafassssss...
Kak Ika : Alhamdulillah semua dalam ruma selamat..dorang masuk ikot SLIDING DOOR tepi ruma..pintu grail bermangga jer..tapi dorng kopak lar..haihh..sib baik takda sapa yang cedera teruk lar..cuma Afat dan Angah trauma kuttt..rantai maid akak pakai kena tarik dgn dorang..henpon,laptop prof,hardisc Afat,duit hilang byk lar jugak..haihh..
Aku : Akak ok? akak kat mana ni?......(sebab aku dengar sora dia macam lemah semacam jer..sbb tuh tanya)...
Kak Ika : Akak kat spital ni..nak bgtau lar kang ko sentap akak tak bgtau ko..kaki akak cedre sket..
Aku : Apa kes bole cedre? Bertendang dengan malaun2 tu ker?
Kak Ika : ishhhh..tak koser aku eh...akak panic lar bila malaun tuh tanya mana letak barang kemas semua..kalau tak bgtau aku 'r***l'..soooo dalam pada malaun tuh suruh kitorang klua dari bilik akak,akak trus selinap klua ikot tingkap bilik dan terjun ke rumah jiran sebelah..masa landing bawah kaki akak terpijak pasu jiran tuh..tapi nasib baik tingkap bilik akak tuh akak tak lock kebetulan plak sangat sangatttttttttt..terus akak ketuk pintu rumah jiran..mintak tolonggggggg...
Aku : Fuiyoooooooooo..cayalah kak ika..
ok stop perbualan sampai situ sajalah ek..aku tak nak story lebih sangat..banyak yang aku tanya sbenanya..dan banyak cerita jugak..cukup lah korang tau macam mana kejadian tuh berlaku..aku tak nak mengulas lebih-lebih sangat pasal kejadian ngeri tu..cukup sekadar menjadi iktibar pada aku dan korang kutt..
sooooo lepas jebun balik dari keje dia, kami zass ke hukm specialist..sampai je bilik tengok dia rileks2 sengeh2 layan astro..hahahaha..cool lah granny arissa ni...lepak sana lama ok..beselah kami kalau dah berborak mmg tak ingat masa...haha..
kak ika tahan ward kat sana..sebelum dibawa ke hukm kak ika kena tahan ward kat putrajaya tapi sebab doctor kat sana takda yang pakar pasal tulang2 ni aku tak tau la nak panggil apa..term term doctor ni aku tak tau sgt..so terus dia mintak permission tukar spital ke hukm..sebab di hukm specialist ada doc. yang pernah rawat dia masa dia karate sinki bilik air dia..haha..dannnn ada jugak doctor yang bagus dalam bidang tulang2 ni tau..if im not mistake doc. yg rawat kak ika ialah Dr. Mohd Hassan Syukur, Pakar Traumatology.
haihhhh..apa apa pun semoga cepat sembuh ye kak ika..
cedera kaki nampak nya tak serius mana lar..tapinyaaa berbirat-birat biru lar kat tumit kaki kanan dan kaki sebelah kiri sudah kena simen.. kak ika u r superwoman..
ini 1st time aku masuk Hukm Specilist ni..jakun kuttt :) oh ward dalam suma nama jenis kain..Ward Songket, Ward Baldu, Ward Sutera larr :p cepat sembuh tau..minum susu kambing byk2.. |
abaikan wanita sedang sengeh tu..tgk arissa na terkam kaki granny ika dia.. lebam dan bengkak kann..siannn |