May 8, 2012

Ingat lah insan tersayang...

Posted by Hidayah Manan at Tuesday, May 08, 2012 1 comments
Salam alls dan pakabar? Heppp..lama sanggggat kut aku tinggalkan belog ni..hohoho..
Bukannya tak ingat tapi malas dan tak tau dah nak gebang apa kat sini...macam bz sgt lah kan..
bukan buat apa pun duk kat rumah tu...heppp korang jgn ingat duk rumah tak bz ek...sama jer konsep korang keja kat opis dgn yg keja surirumah tau!!! OK bukan nak gebang pasal keja, bz, malas disini..


aku nak share pasal hal lain nih..diharapkan sesiapa yg terbaca belog ini akan rasa insaf dan lebih berhati2 bila berada di jalanraya..message ni actually lebih kepada peringatan untuk diri sendiri dan tidak lupa jugak untuk sahabat2 yang lain...


Ahad mlm 6/5/2012, husband dpt BBM dari one of his officemate yg mengatakan salah seorang staff  dan isterinya telah kembali ke rahmahtullah petang ahad itu akibat dari kemalangan jalanraya di Gambang, Kuantan. Husband terperanjat dan still masih tak percaya yg kawan dia tu dah 'tiada' sebab baru je jumaat lepas dorg pergi sembahyang jumaat beramai2, lepak2 dan bergurau2 masing-masing lah. Aku pulak berfikir, dah tiba ajal beliau dan isteri, dan berdoa semoga arwah dan isterinya dicucuri rahmat dan ditempatkan disamping orang2 yg beriman. Aku pun pernah jgk berborak sekejap dgn isterinya(masa tu tgh sarat mengandung dan tgu masa jer bersalin) before ktorg ke Bali last year (husband's office trip). Arwah dan isteri tak joined trip ke Bali sbb keadaan isteri yg tak mengizinkan dan juga masa tu emak mentua tgh sakit.


Arwah dan isteri selamat dikebumikan semalam dan anak lelaki arwah masih lagi di bawah jagaan rapi hospital kuantan.

Berita kemalangan arwah ada di akhbar Kosmo(7 Mei) dan Metro(harini).

ini keratan akhbar dari Harian Metro.

Alhamdulillah bayi tu selamat sekarang..hasil daripada x-ray pihak hospital si bayi tidak mengalami sebarang kecederaan yg amat serius cuma mengalami luka2 yg masih boleh diubati. Besar kemungkinan para malaikat sedang sibuk menjaga si bayi itu dari hari kemalangan hingga ke harini. SubhannAllah.


Peringatan kepada yang lain, berhati-hati semasa memandu. Terutamanya jika ingin memotong kereta lain. Sila pastikan keadaan betul2 selamat, terkawal dan tidak terburu-buru untuk memotong. Lagi satu tolong lah letak atau masukkan anak2 yg kecil kedalam capsule/car seat yg sesuai.


Malang tidak berbau itu adalah BENAR.












Jan 22, 2012

peek-a-boo!!!

Posted by Hidayah Manan at Sunday, January 22, 2012 1 comments


Sorry to my belog :-(

and Yes! i've been missing...

i'm now in a complicated emotional mode...

and trying to settle my 'work' quikly and smoothly...
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.Amin!



hoit, work apa dia..bukan..bukan kerja..tapi macam kerja jugekla...heeeee




...if my brain is ready and my little fingers can cooperate well together i'll write to you-my-belog :p


 

ceritaOHcerita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez