Apr 17, 2011

Ateh..ateh.ateh.atehh.ateh..ahhhH!!!

Posted by Hidayah Manan at Sunday, April 17, 2011 2 comments
Assalamualaikum :)

Sure pelik dengan tajuk suka hati ini kannn..
Hah...ini adalah bahasa anak dara saya setiap kali bangun pagi!!!
Sooo...bole bayangkan lah kalau setiap pagi kene tadah telinga dia membebel
sambil tu dia punya jari cucuk mata, lubang hidung, telinga, mulut mummy dan daddy dia..
Dia suh ktorg bangun main cak cak dengan dia...boleh???
Semenjak gigi baru tumboh 2batang niii (gg bawah),
arissa rajin beno bercakap bahasa Vanuatu..hahaha
Kadang-kadang stress jugak sebab kalau kita tak paham apa dia nak,
nanti dia "AHHH!!" kat kita balikkkk
Itu lah arissa bila dah ada gigi niii

Ok.

Lama giler tak menghambakan diri kat blog ni kan
cehhh ayat menghampehkan diri sunggoh

Kehidupan sangat penat. Arissa sangat menganas.
 Walaupun dia baby girl. Tapi rasa macam menjaga "Aris".
Dia aktif dan tak reti nak duduk setempat kalau tenguk tv or bermain dengan toys yang ada.
Sangat bising!!!
Pastu tak boleh tenguk aku hilang skjap. Memanjang nak berkepit jerrrr.
Kalau aku nak memasak / melaundry / mengemas / nak buat susu dia pun..boleh dia menangis..
beria ia menangis macam kita nak tinggal kan dia..
wahhhh..stresss...
sambil taip sambil picit kepala ni tau!!
Lagi satu dia paling suka pada Laptop.
Hah yang ini mummy senang hati sket lar..dari mummy tak buat keje2 rumah baiklah mummy membuat "research" di internet!! hahahaha...sukaaaa..hampir setiap hari kuttt aku berFB..hahahaha..
"Research" di FB sangat bagus tau...apa benda aku research biar lah menjadi rahasia...tettttt...

Ok.

Sebenarnya nak berkongsi resepi dengan kamu.
Wahhhh...tetiba nak share resepi plak kannn...hahahaha
Sharing is Caring...so meh saya mau bagi resepi




RENDANG IKAN MERAH (untuk 3-4 org punya perut)


Bahan2


3-4 keping ikan merah (basuh bersih dengan air asam jawa kasi hilang hanyir ikan)
** 1 labu bawang besar
** 4 biji bawang merah
** 4 ulas bawang putih
** 5-6 biji cili pada (ikut kepedasan masing2)
** 3 batang serai
** 2 inci halia
** 2 inci kunyit hidup / 1 tablespoon serbuk kunyit
** 2 inci lengkuas
4 tablespoon cili kering (yang dah mesin.guna cili boh pon bole)
3 tablespoon kerisik kelapa
2 keping asam keping
1 kotak santan
1 helai daun kunyit (hiris halusss)
3 helai daun limau purut (mau kasi lagi wangiii)
Kulit kayu manis, Buah pelaga, Bunga Lawang* letak seket jer
Garam / gula secukup rasa


Cara Masak


Mula2 ikan merah digoreng garing sedikit jer supaya nanti tidak pecah isinya bila dikacau/masak.
Pastuuu


1. Kasi blend bahan **


2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Tumis bahan ** + cili mesin + kulit kayu manis +buah pelaga + bunga pelaga sehingga naik bau. Tapi saya suka biarkan hingga garing sedikit. Kemudian masuk kerisik + daun kunyit + daun limau purut. Kacau sehingga kerisik sebati.


3. Tuang santan kotak. Tambah kan 1-2 mangkuk air. Masuk garam / gula ikut sedap tekak memasing. Jangan kasi cair sangat kuah nya. Nanti kurang kick. Kemudian biarkan sampai menidih dengan api sederhana iyaaaa Sambil tu kacau2 kuah rendang jangan kasi klua taik lemak/minyak santan.


4. Bila sudah menidih betul. Barulah masukkan ikan merah yang sudah digoreng itu. Pastu kasi kacau slow iyaaaa. Kacau sehingga kuah rendang sebati dengan ikan merah. Kalau suka kuah kering bole tunggu lama sket lar.


Kemudian hidang dengan nasik panas panas dan sedikit lembik. Sodap woooo.
Meh tenguk gambaaaaaaa




Yang tengah tu bila digoreng jadik gitu..auww..malu tau..hahaha



Santan kotak penyelamat saya.



Bila sudah siap nampak menarik kan??





Lauk sampingan. Sayor sawi goreng air sempoi.




Sambal ikan bilis pedas untuk saya.





Sekeping digoreng garing2 requested by suami.




Mungkin lain orang lain cara masaknya. So, selamat mencobaaaa.




~~kalau omak den rasa rendang ikan ini sure omak den bangga dongan den..hukhuk..ini 1st taim den buet rondang..terus laki den puji..laki den puji sebab rendang den tak pedas katanya..so dia bole makan larr..



Apr 2, 2011

Daddy Main Kayu 3

Posted by Hidayah Manan at Saturday, April 02, 2011 4 comments
Pagi pagi bangun tenguk en.jebun dengan anaknye tido sambil pegang tangan...
hukhuk..mak jeles tenguk kemesraan dorang













ok lar mahu sambung tido kat living lar
tak sanggop na tenguk lelama
huaaaaaaaaa.....




Mar 22, 2011

Senyum Nampak Gigi semuaaa ^_______^

Posted by Hidayah Manan at Tuesday, March 22, 2011 0 comments
Anjeon Jeonyeog *selamat petang..*
:)..ngeee
lepas satu drama korea


Playful Kiss

ke satu drama korea aku layan


My Princess

sepetnye mata hero hero korean ni ek
walaupun sepet tetap cute!!
uhukkk...^______^

ohh yeee..
supposedly
semalam, sepatutnye kena bawak arissa jumpa paed hosp.ampang puteri
tapiiii oleh kerana tangki $$$$ sudah paras2 hidung jer
takda la bawakkkk

Alhamdulillah, arissa dalam keadaan yang sehat sangat-sangat
Dia pun dah tumbuh gigi tau!!
semalam baru mummy perasan
tumbuh gigi bawah...
ngeeee ^_____^

owhhh..patutlah arissa asik dok kemam mulot jer
pastu asik merengek2 jer
naik patah pinggang dukung dia
nak kasi dia diam
nasib baik tak demam...

selain bergolek-golek
mengensot
dah pandai duduk..tapi still tak pandai balance badan lagi
dah pandai pilih makanan yang sedap dengan tak sedap..@#$%
dah pandai swimming :D
dah pandai mengemas..terimakaseh yee syg sbb tolong mummy ngemas
dah pandai tido lambat..woo..yang ini stress sket daddy na tidurkan anak dia awal :D
dia tahu mana hp blackberry atau nokia sabun..dah tentu dia pilih blackberry
dah pandai protes sambil mengeraskan badan
dah pandai nak lari kalau mummy nak pakai kan baju/bedak
haihhh...bila fikir balik...
rasa...
cepatnya masa berputar 
diam tak diam arissa dah 7bulan setengah
lagi 2minggu dia masuk 8bulan
woohoo..
diam tak diam jugak lar
nak setahun aku menjadi
stay at home mother
^_____^

arissa jangan la cepat sangat membesar yee sayang
nanti mummy dengan daddy tak boleh nak gomol gomol awak lagiii
mummy dengan daddy tak boleh nak kissy kissy awak teruk lagiii
nanti mummy dengan daddy rindu nak peluk awak masa tidur
rindu bau masyam bantal awak ;p

oooohooo
boleh tak aku nak stop taip sekarang
sebab tetiba jer rasa nak
peluk arissa sekarang jugak


to be continue...



budak comot ^___^


Mar 11, 2011

Arissa Kenyang Mommy Suka Hati

Posted by Hidayah Manan at Friday, March 11, 2011 2 comments
Kasi senyum lebar dulu ^________^

ok cukup

oleh kerana arissa sekarang sudah berumurnya..
segala perbuatan, kelakuan, kehendak, perangai dan sebagainya
punnnn bertukar jugak lah
dia sudah menjadi seorang budak yang memilih
terutamanya dari segi pemakanan
pertama-tama dia sudah tak berapa nak pada susu
haihhhh. *______"
kedua plak dia tak berapa nak pada makanan "baby"
contohnya makanan seperti di bawah


ada perisa ikan bilis dan ayam

ketiga suka sangat buah-buahan..papaya, tembikai, pisang, apple..etc..etc..
keempat suka makanan yang dimakan oleh mommy and daddy
contohnya maggi, biskut pingpong HapSeng cicah nescafe, nasi goreng kampong...
wahhh..memang mengundang rasa bersalah kalau dia tenguk kita makan

oleh kerana alasan di atas lah
mommy telah masak
'Arissa Broccoli Porridge Delizioso'
:)


nasi + brokoli + kentang + ikan bilis
sap..sap..shoi..jela
senang sangat nak masaknya

ini setelah di blend halusssssss

nampak sedap
memang sedap
aku pun suka
arissa lagi sukaaaaaa

senang kira lar macam ni

lihat muka kami berdua
arissa kenyang mommy suka hatiiii

cinta budak bulat

Cara-cara penyediaan 'Arissa Broccoli Porridge Delizioso'

Bahan2 :
Segengam beras
2 gelas air
Broccoli (ikut berapa banyak nak letak)
Sebiji ubi kentang
5-6 ekor ikan bilis

Cara2 :
Basuh beras hingga bersih. Masuk beras dan 2 gelas air dalam periuk bersih. Kemudian biarkan diatas dapur dgn api yg sederhana kecil. Sementara itu korang... Basuh **brokoli hingga bersih dan di potong sederhana besar. Kupas **ubi kentang, basuh bersih dan potong dadu. Kopek **ikan bilis atau beli ikan bilis yang siap dikopek senang sedikit keja. Pastu basuh bersih dan buang semua tulang2 halus ikan bilis. Siap semua korang masukkan bahan ** kedalam bubur nasi yang sedang masak. Kacau slow2 sehingga nasi menjadi bubur. Kemudian sejukkan dan boleh diberikan pada anak korang. Tapi aku blend halus bubur tu sebab anak aku tak reti lagi mengunyah dan takda gigi. Wallah!! Easy peasy kan..


p/s : Tak perlu letak garam atau gula atau ajinomoto. Sebab ikan bilis sudah cukup untuk bagi bubur tu berasa. Lagipun tak elok letak itu semua sebab perut baby masih lagi tak kenal apa itu garam, gula, ajinomoto. Tapi kan aku ada lah letak skettttt je garam dalam bubur arissa sebab tu dia suka sangat kuttttt..hahahaha..selamat mencuba!!
BUONA FORTUNA!!

Mar 10, 2011

DARK CHOCOLATE...ERKKK...

Posted by Hidayah Manan at Thursday, March 10, 2011 2 comments
anak sapa ni? anak daddyyy :D

ok sapa sapa yang tengah baca entri ini
sambil mengunyah atau makan atau minum atau apa apa sajalah..
sila sila lah berhenti ataupun
senang cerita tutup terus belog ini..
sebab saya nak cerita pasal tahi..

whattttttt????

hahaha
nasiblah korang kalau baca tajuk macam best jer kannn
iyeeee saya nak cerita tahi arissa bertukar kepada
DARK CHOCOLATE...
NOT SOOO YUMMY...

amikk..extra large picture ni aku kasi..tengukkkk

hah..kan dah kata tutup entri kalau tak sanggup...
tapi saya nak cerita jgk...
sharing is caring kannn :D
ini stools anak saya pagi tadi...
patut la arissa bangun pagi2 dah kacau daddynya
rupanya mahu beyakkk

why it's turn to dark chocolate??
ermm..dah nama pun susu coklat kan
haruslah kaler tuh jugak yang keluar

mula2 masa mak nak cuci vontot arissa
terkejut mak nyahhh
mak ingat anak mak dah bertukar nak jadi mutan kah?
apsal taik arissa jadik gini..
selalu kaler ijau or kuning golden..wahahaha
dalam hati ini dok pk susu Pediasure ni ok ke tak..
tapi arissa minum cedapppp jerrrr
licin botol dia kasi settle




aku letak untuk 4oz (110ml)= 1.5scoop (seperti di atas)
banyak ke scp aku letak..kalau ikutkan
dia kata 190ml = 5scoops
so kalau 4oz = 3scp (lebih kurang la kan)
tapi aku kurang kan lagi setengah..
dan arissa memang banyak minum air masak..
nasib lah dia takda masalah dengan air masak..
sebab tuh stool dia agak lembut tapi colour jer macam @#@%$^%
hukhuk..
tak tau lah...
kita tenguk lagi seminggu dua ini macam mana

Mar 9, 2011

PediaSure Chocolate Milk soooo yum..yummm

Posted by Hidayah Manan at Wednesday, March 09, 2011 0 comments

kasi tayang muka anak bertuah inche rizz
korang nampak mulut berlemoih anak bertuah tu tak??
nampak..nampakkkk..
hah..itu muka kenyang perut suka hati...
sakit jantung tau dapat anak perangai gini..
cukup lar sorang kuttt..
wahhh..sudah mau tutup kilang kah??
........
tengahari tadi aku pergi Tesco..mau carik PediaSure punya susu..
gagahkan hati lar jugak beli susu lain...
yerla arissa last nyusu semalam pkul 6pm
sampai pkul 3pm hari ini baru nyusu..
itu punnnnnnnnn aku bg susu PediaSure baru dia nak minum..
BOLEHHH
sampai tempat susu budak2 aku terus ambil tin kecik Pediasure pastu nak terus pegi bayor lah...
tup..tup..aku kena tahan...
promoter2 susu budak tu pelik agaknye tgk anak aku cinonet jer lagi...
tapi apahal aku amik susu budak 1thn..
jenuh gak lar aku menerangkan anak aku punya perangai..

Promoter A cina : Anak u minum susu ini ka? Itu untuk toddler 1 tahun maa? (sambil tgk arissa...)
Mak Arissa : I baru nak try kasi susu ini kat anak i..dia tak nak susu infant yg lain lar..
Promoter B cina jugak : Haisyo..sure dia tanak susu infant lain ka? U sulah try suma susu meh?...(sambil mulut nganga tak percaya)...I tak suggest u bagi ini susu, u cuba ini susu lar..ini pun sedap jgk..sambil tunjuk susu S26..
Mak Arissa : Susu tu lar yg dia tanak..dah 4 jenis susu I kasi dia tanak minum..Ini susu doktor suruh bagi dia minum..I bukan suka-suka kasi maaa...dia mmg tak bole nampak susu kaler putih terus nanges woo..
Promoter B : ...ooo..itu macam anak U pandai lor sudah tau rasa sedap..tp kalau doktor cakap itu macam takpa lah..I takut perut budak tak boleh telima..tapi kalau itu doktor cakap kasi try..kita try saja lor..
Mak Arissa : iye..I tau..tq ok...I mau bayar...mau kasi dia minum terus..ok haaaa..

ermm..pandai yeee..kecik2 ko dah tunjuk perangai memilih cerewet ko ek..
ikutttt semua perangai daddy ek..
daddy tu kalau tak sedap tu mmg tak nak lah!
nasib kecik lagi..kalau besar sket..
kayu jer jawabnye..

sampai rumah terus aku kasi susu PediaSure tuh..
aku testing dulu 4oz=1.5 scoop..
kene kurang kan amount ikut ckp Dr.Christopher Lim


testing 4oz dulu

mula mula aku kasi titik titik dulu kat bibir dia
pastu dia usha tenguk botol susu dia..
apahal lain rasa plak ek..
pastu tenguk kaler coklat plak dlm botol tu
aku sua kan lagi botol tuh kat mulut dia
dia diam kejap pastu tenguk muka aku sambil mulut kumat kumat hisap
hah!! pastuuuuu
sruppp..sruppp...srupppppp...
amik koooooo
settle 4oz tak sampai 5minit punnnn


dahaga bebenarkan...last susu 6pm semalam..


setel..dia usha lagi botol tuuuu


abs susu terus kasi tidor
so far macam ok
tenguk kang dia bangun aku bagi lagi susu
kalau okkkk
PediaSure lah jawabnye susu anak aku
haihhhhhh

Mar 8, 2011

Paix = Selamat Sejahtera

Posted by Hidayah Manan at Tuesday, March 08, 2011 2 comments

Salam semua :))

Ya Ampun..memang lama aku rasa tak bukak belog sendiri..sumpah malas dan takda rasa nak bukak pun..bukan takda cerita nak bercerita..ada jeeeee..tapi aku malas!
 BOLEH?!!..
aku banyak bende nak dibuat lah..korang ingat emak-yang-duduk-di-rumah ini senang lenang je ke goyang kaki kat rumah?? banyak keje tau..tapi takpa semua tuh insyaAllah ada credit untuk aku dariNya..

Aku bz membuat prezentasi viva master..
hukhuk..tak berkesudahan lagi..hukhuk..
sehari mampu buat 2-3slide jer
..apahallllllllll 2-3slide sehari??? memang malas sunggo...
aku sampai boleh lupa segala point penting dalam tesis yang aku buat selama 3tahun tuh..
boleh boleh bolehhhh..
jadinya bila dah lupa lupa tuh..terus lah aku demoralise sangat..sangattttt..seminggu aku buat perangai gitu..nasib lah ada hero dan anak hero yang menhiburkan hati...lagi rasa tekanan bila anak aku buat perangai tak moh susu..
anak korang camtuh takkkk???

aku rasa dah byk kali aku bebel pasal anak aku tak nak susu..haih..
dah bertin bertong berkotak susu infant pelbagai jenis rizz beli untuk arissa..
tapi still dia buat perangai katup mulut bila disuakan susu..
ada jugak tuh dia menangis bila nampak botol susu..
boleh??
..berminggu jugak dia berperangai gitu..aduyai..
kalau 2x sehari minum susu=6oz (cukup kah zat kalau mcm tuh) tapi aku ganti kan dgn makan lar..tp still aku rasa tak cukup..
korang rasa macam mana??
aku rasa dah parah sangat kut..terus aku gegar cuping telinga rizz bawak arissa jumpa doc...hah sampai macam tuh aku buat kat rizz,yelar mana taknya..setiap kali aku ngadu "anak awk tanak susu"..dia bole ckp "takpe kita tukar susu lain ek"..
wahhh
..kali ini cannot tahan woo..
so tengahari semalam kami ke hosp.ampang puteri terus (bos rizz suggest jumpa pakar pedia kat sna Dr. Christopher Lim) mahu tenguk mesala arissa..
overall comment from the doc. is totally fine..
anak aku normal..anak aku cargas..
mana taknya sepanjang dalam bilik dr. dia buat lontaran suara siap gedik-gedik na capai stetoskop kat leher dr.chris tu..
so apa masalahnya sangat..
masalah anak aku ialah 'behavior problem'..
dia tanak susu tapi mahu makan..
kalau dah time patut susu tapi dia tak rasa nak susu so tak nak lah..
Dr.Chris nasehatkan buat rotate susu..pastu dia suggest kasi susu cap Pediasure
(mcm kak lin suggest jer)..
Pediasure tu susu untuk todd 1yr and above..
but for arissa case can give her that but reduce the amount of milk..
nnt aku suh rizz beli flavor vanilla :))
pastu dia bagi serbuk protein dan appeton drop for infant..
next 2 weeks bwk lg cek kt dia..haihhhhhhhh..
tgu dan lihat perkembangan arissa lg 2minngu ni..

aku rasa tak puas hati dgn nasehat dan comment dr. tu..
mak rasa baek mak saja yg jadi pakar kanak2..
bolehhhh....
mak mahu kan comment yg lagi detail dan more on pshycological method..
maaf lah yee..anak mak sendiri buat perangai..anak org lain mak tak kesah kut..haha 
bila dah jadik mak mak ni..aku kerap berdiscuss ngn kakak aku, mak mak yg lain dan refer intenet..
so mak rasa mahu jumpa jmpa dr. pedia yg lain yg aku rasa ok dari segi penerangan..
Dr.Altaf's Child Clinic kat ttdi tu ok bagi aku..
rizz pun ckp gitu jgk..

mak pening nyah..mak nak semangat..hari ini laki mak takda kat sini dia kat terengganu..hukhuk..
ok bye..
 

ceritaOHcerita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez