Kasi senyum lebar dulu ^________^
ok cukup
oleh kerana arissa sekarang sudah berumurnya..
segala perbuatan, kelakuan, kehendak, perangai dan sebagainya
punnnn bertukar jugak lah
dia sudah menjadi seorang budak yang memilih
terutamanya dari segi pemakanan
pertama-tama dia sudah tak berapa nak pada susu
haihhhh. *______"
kedua plak dia tak berapa nak pada makanan "baby"
contohnya makanan seperti di bawah
ketiga suka sangat buah-buahan..papaya, tembikai, pisang, apple..etc..etc..
keempat suka makanan yang dimakan oleh mommy and daddy
contohnya maggi, biskut pingpong HapSeng cicah nescafe, nasi goreng kampong...
wahhh..memang mengundang rasa bersalah kalau dia tenguk kita makan
oleh kerana alasan di atas lah
mommy telah masak
'Arissa Broccoli Porridge Delizioso'
:)
sap..sap..shoi..jela
senang sangat nak masaknya
nampak sedap
memang sedap
aku pun suka
arissa lagi sukaaaaaa
lihat muka kami berdua
arissa kenyang mommy suka hatiiii
Cara-cara penyediaan 'Arissa Broccoli Porridge Delizioso'
Bahan2 :
Segengam beras
2 gelas air
Broccoli (ikut berapa banyak nak letak)
Sebiji ubi kentang
5-6 ekor ikan bilis
Cara2 :
Basuh beras hingga bersih. Masuk beras dan 2 gelas air dalam periuk bersih. Kemudian biarkan diatas dapur dgn api yg sederhana kecil. Sementara itu korang... Basuh **brokoli hingga bersih dan di potong sederhana besar. Kupas **ubi kentang, basuh bersih dan potong dadu. Kopek **ikan bilis atau beli ikan bilis yang siap dikopek senang sedikit keja. Pastu basuh bersih dan buang semua tulang2 halus ikan bilis. Siap semua korang masukkan bahan ** kedalam bubur nasi yang sedang masak. Kacau slow2 sehingga nasi menjadi bubur. Kemudian sejukkan dan boleh diberikan pada anak korang. Tapi aku blend halus bubur tu sebab anak aku tak reti lagi mengunyah dan takda gigi. Wallah!! Easy peasy kan..
p/s : Tak perlu letak garam atau gula atau ajinomoto. Sebab ikan bilis sudah cukup untuk bagi bubur tu berasa. Lagipun tak elok letak itu semua sebab perut baby masih lagi tak kenal apa itu garam, gula, ajinomoto. Tapi kan aku ada lah letak skettttt je garam dalam bubur arissa sebab tu dia suka sangat kuttttt..hahahaha..selamat mencuba!!
BUONA FORTUNA!!
2 comments:
sebelum blend nampak lagi sedappp. satgi aunty ienn pun try utk dri sendiri. ahaks!
uish..bagus jugak utk kita2 yg dah bergigi ni cik ienn..boleh ganti dgn ayam potong dadu..pastu mau kaw sket potong cili padi..wallah..
Post a Comment