Apr 30, 2011

2nd Year Anniversary

Posted by Hidayah Manan at Saturday, April 30, 2011 2 comments


Weehooo...





Thank you cayang!!!


SAYA, JEBUN dan CHOMOT

Posted by Hidayah Manan at Saturday, April 30, 2011 4 comments





dulu semasa remaja, aku seorang yang blur




walaupun aku blur tapi aku jugak pandai (nak jgk kasi up kannn)


subjek yang aku suka sgt2 adalah math dan fizik
kimia bosannn~~
biologi ok lar~~
aku jugak aktif!!
bola baling kami johan
persatuan pencinta alam kami yang terbaik
pakaian seragam pandu puteri aku lah pengerusi paling pemalas :) yang byk buat kerja utk aku adalah penolong aku, Aini kawan aku jgk..haha..tapi kami antara pasukan yg teraktif di skool tau
pengawas sekolah aku lah ketua keselamatannye (padahalllll tugas aku menjaga keselamatan basikal dan susun basikal jer!!)





elok elok je klua result SPM terus dapat surat tawaran matrikulasi
1st time masuk asrama ni tau..punya lah happy sebab bole duk jauh dgn family hahaha
selama ni nak masuk sekolah berasrama penuh/teknik, mak aku tak kasi
hah!! kali ni merasa ko!! tapi tak jauh sgt pun dekat Kolej Teknologi Timur Sepang..sepang jerr
yang ku sangka matahari akan panas sepanjang hari..rupa rupanya TORNADO sudah mari larrrr...
bagi aku matrik umpama menempah maut..SUMPAH aku tak nak jejak kaki ke sana..
mana tidaknya tempah maut..
kat matrik kena belajar lagi KIMIA
aku ni dah la tak suka KIMIA bodoh KIMIA..kalau suh makan buku kimia pun tetap bodoh jgk
hah senang cerita mmg result aku lingkup sebab kimia fail jer memanjang



Nasib baik dapat masuk U jugak alhamdulillahhhhhhhhhhh
di UKM lah tempat aku menimba ilmu seni bina
segala-galanya bermula di sini
berjaga malam berhari-hari demi na menyiapkan projek design
hampir terputus jari semasa buat presentation model adalah perkara BIASA
ikat perut semata-mata nak beli marker pen untuk rendering design biar kasi nampak best..KONONnya lah
belum lagi masa critic session dengan lecturer durjana bijaksana
drawing kena koyak masa tengah presentation adalah coolllll
model model building kena kutuk macam pondok pak guard
kami juga penah telan maki 'korang punya design ni bullshit tau tak?!!' 
ITU ADALAH perkara BIASA
aku pasrah
bila tamat belajar
tak jadi arkitek pun

kemudian kawin dengan arkitek penghabisannya
















pastu hasil perkahwinan kami dapatlah anak chomot ini












agak agak korang Arissa byk ikut muka siapa???? hahahaha

lusa hari ulang tahun perkahwinan kami..urmm..tak fikir nak buat aktiviti apa..
jebun sebuk dengan kerja..mungkin menghabiskan masa di area rumah atau duduk melepak2 di rumah sambil menhabiskan muvie sahaja...



Apr 17, 2011

Ateh..ateh.ateh.atehh.ateh..ahhhH!!!

Posted by Hidayah Manan at Sunday, April 17, 2011 2 comments
Assalamualaikum :)

Sure pelik dengan tajuk suka hati ini kannn..
Hah...ini adalah bahasa anak dara saya setiap kali bangun pagi!!!
Sooo...bole bayangkan lah kalau setiap pagi kene tadah telinga dia membebel
sambil tu dia punya jari cucuk mata, lubang hidung, telinga, mulut mummy dan daddy dia..
Dia suh ktorg bangun main cak cak dengan dia...boleh???
Semenjak gigi baru tumboh 2batang niii (gg bawah),
arissa rajin beno bercakap bahasa Vanuatu..hahaha
Kadang-kadang stress jugak sebab kalau kita tak paham apa dia nak,
nanti dia "AHHH!!" kat kita balikkkk
Itu lah arissa bila dah ada gigi niii

Ok.

Lama giler tak menghambakan diri kat blog ni kan
cehhh ayat menghampehkan diri sunggoh

Kehidupan sangat penat. Arissa sangat menganas.
 Walaupun dia baby girl. Tapi rasa macam menjaga "Aris".
Dia aktif dan tak reti nak duduk setempat kalau tenguk tv or bermain dengan toys yang ada.
Sangat bising!!!
Pastu tak boleh tenguk aku hilang skjap. Memanjang nak berkepit jerrrr.
Kalau aku nak memasak / melaundry / mengemas / nak buat susu dia pun..boleh dia menangis..
beria ia menangis macam kita nak tinggal kan dia..
wahhhh..stresss...
sambil taip sambil picit kepala ni tau!!
Lagi satu dia paling suka pada Laptop.
Hah yang ini mummy senang hati sket lar..dari mummy tak buat keje2 rumah baiklah mummy membuat "research" di internet!! hahahaha...sukaaaa..hampir setiap hari kuttt aku berFB..hahahaha..
"Research" di FB sangat bagus tau...apa benda aku research biar lah menjadi rahasia...tettttt...

Ok.

Sebenarnya nak berkongsi resepi dengan kamu.
Wahhhh...tetiba nak share resepi plak kannn...hahahaha
Sharing is Caring...so meh saya mau bagi resepi




RENDANG IKAN MERAH (untuk 3-4 org punya perut)


Bahan2


3-4 keping ikan merah (basuh bersih dengan air asam jawa kasi hilang hanyir ikan)
** 1 labu bawang besar
** 4 biji bawang merah
** 4 ulas bawang putih
** 5-6 biji cili pada (ikut kepedasan masing2)
** 3 batang serai
** 2 inci halia
** 2 inci kunyit hidup / 1 tablespoon serbuk kunyit
** 2 inci lengkuas
4 tablespoon cili kering (yang dah mesin.guna cili boh pon bole)
3 tablespoon kerisik kelapa
2 keping asam keping
1 kotak santan
1 helai daun kunyit (hiris halusss)
3 helai daun limau purut (mau kasi lagi wangiii)
Kulit kayu manis, Buah pelaga, Bunga Lawang* letak seket jer
Garam / gula secukup rasa


Cara Masak


Mula2 ikan merah digoreng garing sedikit jer supaya nanti tidak pecah isinya bila dikacau/masak.
Pastuuu


1. Kasi blend bahan **


2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Tumis bahan ** + cili mesin + kulit kayu manis +buah pelaga + bunga pelaga sehingga naik bau. Tapi saya suka biarkan hingga garing sedikit. Kemudian masuk kerisik + daun kunyit + daun limau purut. Kacau sehingga kerisik sebati.


3. Tuang santan kotak. Tambah kan 1-2 mangkuk air. Masuk garam / gula ikut sedap tekak memasing. Jangan kasi cair sangat kuah nya. Nanti kurang kick. Kemudian biarkan sampai menidih dengan api sederhana iyaaaa Sambil tu kacau2 kuah rendang jangan kasi klua taik lemak/minyak santan.


4. Bila sudah menidih betul. Barulah masukkan ikan merah yang sudah digoreng itu. Pastu kasi kacau slow iyaaaa. Kacau sehingga kuah rendang sebati dengan ikan merah. Kalau suka kuah kering bole tunggu lama sket lar.


Kemudian hidang dengan nasik panas panas dan sedikit lembik. Sodap woooo.
Meh tenguk gambaaaaaaa




Yang tengah tu bila digoreng jadik gitu..auww..malu tau..hahaha



Santan kotak penyelamat saya.



Bila sudah siap nampak menarik kan??





Lauk sampingan. Sayor sawi goreng air sempoi.




Sambal ikan bilis pedas untuk saya.





Sekeping digoreng garing2 requested by suami.




Mungkin lain orang lain cara masaknya. So, selamat mencobaaaa.




~~kalau omak den rasa rendang ikan ini sure omak den bangga dongan den..hukhuk..ini 1st taim den buet rondang..terus laki den puji..laki den puji sebab rendang den tak pedas katanya..so dia bole makan larr..



Apr 2, 2011

Daddy Main Kayu 3

Posted by Hidayah Manan at Saturday, April 02, 2011 4 comments
Pagi pagi bangun tenguk en.jebun dengan anaknye tido sambil pegang tangan...
hukhuk..mak jeles tenguk kemesraan dorang













ok lar mahu sambung tido kat living lar
tak sanggop na tenguk lelama
huaaaaaaaaa.....




Mar 22, 2011

Senyum Nampak Gigi semuaaa ^_______^

Posted by Hidayah Manan at Tuesday, March 22, 2011 0 comments
Anjeon Jeonyeog *selamat petang..*
:)..ngeee
lepas satu drama korea


Playful Kiss

ke satu drama korea aku layan


My Princess

sepetnye mata hero hero korean ni ek
walaupun sepet tetap cute!!
uhukkk...^______^

ohh yeee..
supposedly
semalam, sepatutnye kena bawak arissa jumpa paed hosp.ampang puteri
tapiiii oleh kerana tangki $$$$ sudah paras2 hidung jer
takda la bawakkkk

Alhamdulillah, arissa dalam keadaan yang sehat sangat-sangat
Dia pun dah tumbuh gigi tau!!
semalam baru mummy perasan
tumbuh gigi bawah...
ngeeee ^_____^

owhhh..patutlah arissa asik dok kemam mulot jer
pastu asik merengek2 jer
naik patah pinggang dukung dia
nak kasi dia diam
nasib baik tak demam...

selain bergolek-golek
mengensot
dah pandai duduk..tapi still tak pandai balance badan lagi
dah pandai pilih makanan yang sedap dengan tak sedap..@#$%
dah pandai swimming :D
dah pandai mengemas..terimakaseh yee syg sbb tolong mummy ngemas
dah pandai tido lambat..woo..yang ini stress sket daddy na tidurkan anak dia awal :D
dia tahu mana hp blackberry atau nokia sabun..dah tentu dia pilih blackberry
dah pandai protes sambil mengeraskan badan
dah pandai nak lari kalau mummy nak pakai kan baju/bedak
haihhh...bila fikir balik...
rasa...
cepatnya masa berputar 
diam tak diam arissa dah 7bulan setengah
lagi 2minggu dia masuk 8bulan
woohoo..
diam tak diam jugak lar
nak setahun aku menjadi
stay at home mother
^_____^

arissa jangan la cepat sangat membesar yee sayang
nanti mummy dengan daddy tak boleh nak gomol gomol awak lagiii
mummy dengan daddy tak boleh nak kissy kissy awak teruk lagiii
nanti mummy dengan daddy rindu nak peluk awak masa tidur
rindu bau masyam bantal awak ;p

oooohooo
boleh tak aku nak stop taip sekarang
sebab tetiba jer rasa nak
peluk arissa sekarang jugak


to be continue...



budak comot ^___^


Mar 11, 2011

Arissa Kenyang Mommy Suka Hati

Posted by Hidayah Manan at Friday, March 11, 2011 2 comments
Kasi senyum lebar dulu ^________^

ok cukup

oleh kerana arissa sekarang sudah berumurnya..
segala perbuatan, kelakuan, kehendak, perangai dan sebagainya
punnnn bertukar jugak lah
dia sudah menjadi seorang budak yang memilih
terutamanya dari segi pemakanan
pertama-tama dia sudah tak berapa nak pada susu
haihhhh. *______"
kedua plak dia tak berapa nak pada makanan "baby"
contohnya makanan seperti di bawah


ada perisa ikan bilis dan ayam

ketiga suka sangat buah-buahan..papaya, tembikai, pisang, apple..etc..etc..
keempat suka makanan yang dimakan oleh mommy and daddy
contohnya maggi, biskut pingpong HapSeng cicah nescafe, nasi goreng kampong...
wahhh..memang mengundang rasa bersalah kalau dia tenguk kita makan

oleh kerana alasan di atas lah
mommy telah masak
'Arissa Broccoli Porridge Delizioso'
:)


nasi + brokoli + kentang + ikan bilis
sap..sap..shoi..jela
senang sangat nak masaknya

ini setelah di blend halusssssss

nampak sedap
memang sedap
aku pun suka
arissa lagi sukaaaaaa

senang kira lar macam ni

lihat muka kami berdua
arissa kenyang mommy suka hatiiii

cinta budak bulat

Cara-cara penyediaan 'Arissa Broccoli Porridge Delizioso'

Bahan2 :
Segengam beras
2 gelas air
Broccoli (ikut berapa banyak nak letak)
Sebiji ubi kentang
5-6 ekor ikan bilis

Cara2 :
Basuh beras hingga bersih. Masuk beras dan 2 gelas air dalam periuk bersih. Kemudian biarkan diatas dapur dgn api yg sederhana kecil. Sementara itu korang... Basuh **brokoli hingga bersih dan di potong sederhana besar. Kupas **ubi kentang, basuh bersih dan potong dadu. Kopek **ikan bilis atau beli ikan bilis yang siap dikopek senang sedikit keja. Pastu basuh bersih dan buang semua tulang2 halus ikan bilis. Siap semua korang masukkan bahan ** kedalam bubur nasi yang sedang masak. Kacau slow2 sehingga nasi menjadi bubur. Kemudian sejukkan dan boleh diberikan pada anak korang. Tapi aku blend halus bubur tu sebab anak aku tak reti lagi mengunyah dan takda gigi. Wallah!! Easy peasy kan..


p/s : Tak perlu letak garam atau gula atau ajinomoto. Sebab ikan bilis sudah cukup untuk bagi bubur tu berasa. Lagipun tak elok letak itu semua sebab perut baby masih lagi tak kenal apa itu garam, gula, ajinomoto. Tapi kan aku ada lah letak skettttt je garam dalam bubur arissa sebab tu dia suka sangat kuttttt..hahahaha..selamat mencuba!!
BUONA FORTUNA!!

Mar 10, 2011

DARK CHOCOLATE...ERKKK...

Posted by Hidayah Manan at Thursday, March 10, 2011 2 comments
anak sapa ni? anak daddyyy :D

ok sapa sapa yang tengah baca entri ini
sambil mengunyah atau makan atau minum atau apa apa sajalah..
sila sila lah berhenti ataupun
senang cerita tutup terus belog ini..
sebab saya nak cerita pasal tahi..

whattttttt????

hahaha
nasiblah korang kalau baca tajuk macam best jer kannn
iyeeee saya nak cerita tahi arissa bertukar kepada
DARK CHOCOLATE...
NOT SOOO YUMMY...

amikk..extra large picture ni aku kasi..tengukkkk

hah..kan dah kata tutup entri kalau tak sanggup...
tapi saya nak cerita jgk...
sharing is caring kannn :D
ini stools anak saya pagi tadi...
patut la arissa bangun pagi2 dah kacau daddynya
rupanya mahu beyakkk

why it's turn to dark chocolate??
ermm..dah nama pun susu coklat kan
haruslah kaler tuh jugak yang keluar

mula2 masa mak nak cuci vontot arissa
terkejut mak nyahhh
mak ingat anak mak dah bertukar nak jadi mutan kah?
apsal taik arissa jadik gini..
selalu kaler ijau or kuning golden..wahahaha
dalam hati ini dok pk susu Pediasure ni ok ke tak..
tapi arissa minum cedapppp jerrrr
licin botol dia kasi settle




aku letak untuk 4oz (110ml)= 1.5scoop (seperti di atas)
banyak ke scp aku letak..kalau ikutkan
dia kata 190ml = 5scoops
so kalau 4oz = 3scp (lebih kurang la kan)
tapi aku kurang kan lagi setengah..
dan arissa memang banyak minum air masak..
nasib lah dia takda masalah dengan air masak..
sebab tuh stool dia agak lembut tapi colour jer macam @#@%$^%
hukhuk..
tak tau lah...
kita tenguk lagi seminggu dua ini macam mana

 

ceritaOHcerita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez