Jul 3, 2011

arissa dan campak

Posted by Hidayah Manan at Sunday, July 03, 2011 2 comments
wohoo..lama kut tak berupdate belog ni..nak jadi pusara belog dah ni..hahaha..tak berkesempatan nak mengadap belog..hari2 mengadap suami dan anak-yang-on-and-off-demamnya..haihss..nasib baik ada hari rabu-tanpa-perkataan..bole gunakan untuk letak gambar jer kan kann..hehehe..

arini kene update laju2..sementara arissa sedang tido dengan amannya..ok lah..esuk arissa genap 11bulan dan lagi sebulan jer usia dia genap setahun..hoyeh hoyeh.. dan arini pulak genaplah setahun aku menjadi penganggur..wehoo..suka kut duk ruma tanpa fikir keja..Alhamdulillah..dan arini jugak sudah 3hari arissa kena campak halusss!!! waduhhh..baru jer dengar anak member kene campak pastu Eryna (anak kakak sulung) pun kene campak jugak..tup tup arissa pun sama terkena tempiasnya..rasainnn mak arissa menjaganya..uhuk...

mula2 arissa demam panas 4hari berturut2 dengan suhu badan tinggi 39deg. pastu bila dah kebah sdkt terus naik bintat2 mera kat area leher dan muka..sian arissa asik merengek jer..dan mengaru2 kepala..measles tuh semakin merebak byk plak ada kat area kepala, dada dan belakang badan..so far area kaki clean and clear lagi..saspen jer maknya sorang2 kat ruma sb daddy ada conference DATUM..daddy takleh nak tuang conference tuu :( ..malam pergi klinik doc. ckp kene measles..doc. just bagi ubat then suh berehat dan monitor temp. badan sajork..

jadi sekarang ni seisi ruma dikuarantin kecuali daddy!! hehe..duduk la maknya melayan arissa yang asik merengek dan mencebik2 hukhukhukhuk


sebelum demam berselera makan stoberi


badan panas kepala high je tu tapi tetap tak reti diam..haih

ni baru betul demam! Mama kasi hp pun tak layan..hehe
layan garu kepala :)
sorry pic kureng best..tapi area muka yg nmpk comot tu la bintat2nye dgn bwh leher tapi tetap maintain mainnnn

arissa cepat sembuh yee sayanggg..kita nak g jalan2 tepi pantai nnt..kang kalau tak baik demam kena tinggal dgn opah baru tau..hehehe..

Jun 1, 2011

Wordless Wednesday ^_^01

Posted by Hidayah Manan at Wednesday, June 01, 2011 0 comments

May 12, 2011

Accepted

Posted by Hidayah Manan at Thursday, May 12, 2011 2 comments
mummy sayang arissa


Semalam viva master (peperiksaan lisan), it's a final review for my research.
Alhamdulillah berkat kerja

keras+malas = 1 tahun
+
kawin+rajin+malas balik = 1 tahun
+
9 bulan mengandung+Arissa berumur 9 bulan = sila kira sendiri

aku LULUS

my masterpiece accepted!!
boleh tarik nafas lega sekarang

yahoooooo....


Terima kasih tidak terhingga buat
MAK AYAH + FAMILY KU + FAMILY MERTUAKU

Terima kasih cinta tidak berbelah bahagi buat
SUAMI

Terima kasih buat buah hati mummy
ARISSA

Tanpa kamu semua saya jadi tidak kuat,
bila tak kuat akan jadi demoralise,
bila da demoralise saya akan bertukar menjadi "macam macam"..
hahaha

tidak ada apa sgt na diceritakan..
aku sangat penat memprepared diri selama 1 minggu 
+
jaga Arissa yg demam tapi melasak jugak
+
aku pun demam tapi terpaksa buat2 kuat

=

 perlu rehat skrg

apsal byk sgt tambah ni dayah..haha

mungkin jika rajin dan punya idea akan menulis cerita
sekarang na pergi merehatkan diri sambil layan muvie ini




 sambil dipelok suami tercinta tapi arissa berada di tengah-tengah
:)



Apr 30, 2011

2nd Year Anniversary

Posted by Hidayah Manan at Saturday, April 30, 2011 2 comments


Weehooo...





Thank you cayang!!!


SAYA, JEBUN dan CHOMOT

Posted by Hidayah Manan at Saturday, April 30, 2011 4 comments





dulu semasa remaja, aku seorang yang blur




walaupun aku blur tapi aku jugak pandai (nak jgk kasi up kannn)


subjek yang aku suka sgt2 adalah math dan fizik
kimia bosannn~~
biologi ok lar~~
aku jugak aktif!!
bola baling kami johan
persatuan pencinta alam kami yang terbaik
pakaian seragam pandu puteri aku lah pengerusi paling pemalas :) yang byk buat kerja utk aku adalah penolong aku, Aini kawan aku jgk..haha..tapi kami antara pasukan yg teraktif di skool tau
pengawas sekolah aku lah ketua keselamatannye (padahalllll tugas aku menjaga keselamatan basikal dan susun basikal jer!!)





elok elok je klua result SPM terus dapat surat tawaran matrikulasi
1st time masuk asrama ni tau..punya lah happy sebab bole duk jauh dgn family hahaha
selama ni nak masuk sekolah berasrama penuh/teknik, mak aku tak kasi
hah!! kali ni merasa ko!! tapi tak jauh sgt pun dekat Kolej Teknologi Timur Sepang..sepang jerr
yang ku sangka matahari akan panas sepanjang hari..rupa rupanya TORNADO sudah mari larrrr...
bagi aku matrik umpama menempah maut..SUMPAH aku tak nak jejak kaki ke sana..
mana tidaknya tempah maut..
kat matrik kena belajar lagi KIMIA
aku ni dah la tak suka KIMIA bodoh KIMIA..kalau suh makan buku kimia pun tetap bodoh jgk
hah senang cerita mmg result aku lingkup sebab kimia fail jer memanjang



Nasib baik dapat masuk U jugak alhamdulillahhhhhhhhhhh
di UKM lah tempat aku menimba ilmu seni bina
segala-galanya bermula di sini
berjaga malam berhari-hari demi na menyiapkan projek design
hampir terputus jari semasa buat presentation model adalah perkara BIASA
ikat perut semata-mata nak beli marker pen untuk rendering design biar kasi nampak best..KONONnya lah
belum lagi masa critic session dengan lecturer durjana bijaksana
drawing kena koyak masa tengah presentation adalah coolllll
model model building kena kutuk macam pondok pak guard
kami juga penah telan maki 'korang punya design ni bullshit tau tak?!!' 
ITU ADALAH perkara BIASA
aku pasrah
bila tamat belajar
tak jadi arkitek pun

kemudian kawin dengan arkitek penghabisannya
















pastu hasil perkahwinan kami dapatlah anak chomot ini












agak agak korang Arissa byk ikut muka siapa???? hahahaha

lusa hari ulang tahun perkahwinan kami..urmm..tak fikir nak buat aktiviti apa..
jebun sebuk dengan kerja..mungkin menghabiskan masa di area rumah atau duduk melepak2 di rumah sambil menhabiskan muvie sahaja...



Apr 17, 2011

Ateh..ateh.ateh.atehh.ateh..ahhhH!!!

Posted by Hidayah Manan at Sunday, April 17, 2011 2 comments
Assalamualaikum :)

Sure pelik dengan tajuk suka hati ini kannn..
Hah...ini adalah bahasa anak dara saya setiap kali bangun pagi!!!
Sooo...bole bayangkan lah kalau setiap pagi kene tadah telinga dia membebel
sambil tu dia punya jari cucuk mata, lubang hidung, telinga, mulut mummy dan daddy dia..
Dia suh ktorg bangun main cak cak dengan dia...boleh???
Semenjak gigi baru tumboh 2batang niii (gg bawah),
arissa rajin beno bercakap bahasa Vanuatu..hahaha
Kadang-kadang stress jugak sebab kalau kita tak paham apa dia nak,
nanti dia "AHHH!!" kat kita balikkkk
Itu lah arissa bila dah ada gigi niii

Ok.

Lama giler tak menghambakan diri kat blog ni kan
cehhh ayat menghampehkan diri sunggoh

Kehidupan sangat penat. Arissa sangat menganas.
 Walaupun dia baby girl. Tapi rasa macam menjaga "Aris".
Dia aktif dan tak reti nak duduk setempat kalau tenguk tv or bermain dengan toys yang ada.
Sangat bising!!!
Pastu tak boleh tenguk aku hilang skjap. Memanjang nak berkepit jerrrr.
Kalau aku nak memasak / melaundry / mengemas / nak buat susu dia pun..boleh dia menangis..
beria ia menangis macam kita nak tinggal kan dia..
wahhhh..stresss...
sambil taip sambil picit kepala ni tau!!
Lagi satu dia paling suka pada Laptop.
Hah yang ini mummy senang hati sket lar..dari mummy tak buat keje2 rumah baiklah mummy membuat "research" di internet!! hahahaha...sukaaaa..hampir setiap hari kuttt aku berFB..hahahaha..
"Research" di FB sangat bagus tau...apa benda aku research biar lah menjadi rahasia...tettttt...

Ok.

Sebenarnya nak berkongsi resepi dengan kamu.
Wahhhh...tetiba nak share resepi plak kannn...hahahaha
Sharing is Caring...so meh saya mau bagi resepi




RENDANG IKAN MERAH (untuk 3-4 org punya perut)


Bahan2


3-4 keping ikan merah (basuh bersih dengan air asam jawa kasi hilang hanyir ikan)
** 1 labu bawang besar
** 4 biji bawang merah
** 4 ulas bawang putih
** 5-6 biji cili pada (ikut kepedasan masing2)
** 3 batang serai
** 2 inci halia
** 2 inci kunyit hidup / 1 tablespoon serbuk kunyit
** 2 inci lengkuas
4 tablespoon cili kering (yang dah mesin.guna cili boh pon bole)
3 tablespoon kerisik kelapa
2 keping asam keping
1 kotak santan
1 helai daun kunyit (hiris halusss)
3 helai daun limau purut (mau kasi lagi wangiii)
Kulit kayu manis, Buah pelaga, Bunga Lawang* letak seket jer
Garam / gula secukup rasa


Cara Masak


Mula2 ikan merah digoreng garing sedikit jer supaya nanti tidak pecah isinya bila dikacau/masak.
Pastuuu


1. Kasi blend bahan **


2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Tumis bahan ** + cili mesin + kulit kayu manis +buah pelaga + bunga pelaga sehingga naik bau. Tapi saya suka biarkan hingga garing sedikit. Kemudian masuk kerisik + daun kunyit + daun limau purut. Kacau sehingga kerisik sebati.


3. Tuang santan kotak. Tambah kan 1-2 mangkuk air. Masuk garam / gula ikut sedap tekak memasing. Jangan kasi cair sangat kuah nya. Nanti kurang kick. Kemudian biarkan sampai menidih dengan api sederhana iyaaaa Sambil tu kacau2 kuah rendang jangan kasi klua taik lemak/minyak santan.


4. Bila sudah menidih betul. Barulah masukkan ikan merah yang sudah digoreng itu. Pastu kasi kacau slow iyaaaa. Kacau sehingga kuah rendang sebati dengan ikan merah. Kalau suka kuah kering bole tunggu lama sket lar.


Kemudian hidang dengan nasik panas panas dan sedikit lembik. Sodap woooo.
Meh tenguk gambaaaaaaa




Yang tengah tu bila digoreng jadik gitu..auww..malu tau..hahaha



Santan kotak penyelamat saya.



Bila sudah siap nampak menarik kan??





Lauk sampingan. Sayor sawi goreng air sempoi.




Sambal ikan bilis pedas untuk saya.





Sekeping digoreng garing2 requested by suami.




Mungkin lain orang lain cara masaknya. So, selamat mencobaaaa.




~~kalau omak den rasa rendang ikan ini sure omak den bangga dongan den..hukhuk..ini 1st taim den buet rondang..terus laki den puji..laki den puji sebab rendang den tak pedas katanya..so dia bole makan larr..



Apr 2, 2011

Daddy Main Kayu 3

Posted by Hidayah Manan at Saturday, April 02, 2011 4 comments
Pagi pagi bangun tenguk en.jebun dengan anaknye tido sambil pegang tangan...
hukhuk..mak jeles tenguk kemesraan dorang













ok lar mahu sambung tido kat living lar
tak sanggop na tenguk lelama
huaaaaaaaaa.....




 

ceritaOHcerita Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez